Hee Yit Foong

Hee Yit Foong ialah seorang ahli politik dari negeri Perak, Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mulai Mac 2008 hingga Februari 2009. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik sejak penghujung 1980an hingga 2009. Hee merupakan anggota Dewan Undangan Negeri untuk Jelapang dan adalah wanita kurang upaya pertama menjadi speaker suatu badan perundangan di Malaysia. Hee tempang berikutan satu kes polio yang dialaminya pada usia 4 tahun.[1]Pada 4 Februari 2009, beliau adalah salah satu daripada empat wakil rakyat yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat terdahulu. Beliau mengumumkan bahawa beliau akan menyokong Barisan Nasional sebaliknya. Ini telah mendorong satu krisis politik di negeri itu.[2]